16 Mei menjelma lagi.Selamat hari guru untuk semua warga pendidik diluar sana..Semoga jasa dan pengorbanan anda semua dalam mendidik anak bangsa akan sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat..Selamat hari guru 2016...
Sungguh cantik si bunga melati,
Tumbuhnya subur di tepi pulasan,
Guru mendidik seikhlas hati,
Bakti ditabur tak pinta balasan.
Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...
Adakala ...kita dicaci,kita dimusuhi,kita dimarahi,kita tidak dihargai.tapi ...
kita kan tetap tersenyum ... walaupun dalam pilu kita kan tetap melangkah ... biarpun hampir rebah kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar ... meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.
Sacrifice is greater than love..
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher.
Meski menangis dalam tawa..meski senyum dalam duka..meski pahit bagai gula
sabarlah.....redalah kerana kita guru yang kental jiwa dan raga mendidik anak bangsa dulu, kini dan selamanya.
Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata.
Dapat pemadam?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang salah.
Dapat mesej?
Tanda guru sentiasa dalam ingatan.
Guru bagaikan NTV7 kerana 'ceria selalu'
Kekadang guru seakan TV3 kerana 'menjadi inspirasi hidupku'..Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana 'dekat di hati' dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ' macam-macam ada'
Mak cakap CIKGU macam MAGGI,makanan rutin 'time' susah,Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan..Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada...Tapi...saya cakap CIKGU macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga!SELAMAT HARI GURU... Guru Pembina Negara Bangsa
Nakalnya kami memang sangat dikenali
Lari-lari panjat almari..semua budak pun kami buli..kerja sekolah semua kami tak peduli..Tapi bila hadirnya cikgu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang sangat kami rindu
Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.
Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Negara Bangsa....
Terima kasih bersama Aura Queen Original... Serlahkan Auramu! EmoticonEmoticon